Daily Archives: 1st Oct 2023
Bila dah mati.
“*PENGALAMAN MENGEMAS RUMAH ORG YG BARU MENINGGAL DUNIA*
Saya ingin berkongsi satu pengalaman yang lama tersimpan. Ianya menjadi pengajaran dan peringatan buat diri saya sendiri juga…
Suatu hari dengan takdir Allah saya mengemas rumah seorang yang telah meninggal dunia…
1. Ada terlalu banyak pakaian yang mahal harganya. Yang tidak dipakai lagi. Akhirnya rosak begitu sahaja. Ianya dalam keadaan terbiar.
2. Ada banyak pakaian lama. Yang usianya melebihi 10 tahun. Ianya baju kerja yang sudah rosak, baju anak-anak yang kecil, baju berlipat dan tidak berlipat yang lama. Yang sudah tidak dipakai lagi. Tetapi barangkali sayang untuk diberikan kepada orang.
3. Ada banyak kasut. Yang sudah tidak dipakai lebih banyak dari yang masih dipakai. Keadaan kasut yang sudah tidak dipakai ini masih baik. Hanya sangatlah berhabuk serta bersawang. Yang lama ini barangkali sayang juga untuk diberikan kepada orang.
4. Ada banyak perabut lama yang sudah tidak digunakan lagi tetapi dibiarkan berada di dalam rumah. Perabut yang sudah rosak. Hingga ruang rumah menjadi sangat sempit. Bahkan perlu melangkah-langkah barangan ketika hendak berjalan.
5. Sinki rumah yang bersih. Namun ada bekas yang banyak seperti bekas biskut, tin tin minuman, botol minuman, bekas pencuci pinggan dan banyak lagi yang tidak perlu ada atau tidak digunakan. Sebahagian dalam kotak. Sebahagian di merata tempat. Di ruang dapur juga perlu melangkah barang-barang ini.
Dan banyaklah perkara lagi yang tidak dapat saya tuliskan di sini. Saya tulis untuk ingatkan diri saya sendiri…. Ketika itu saya terfikir….
😓 Sementara kita masih bernyawa, selalulah ingatkan diri bahawa dunia ini hanya persinggahan semata. Tempat sementara. Kita tinggal di sini tidak lama. Selalu juga ingatkan diri bahawa kehidupan itu sendiri adalah nikmat yang sangat besar. Allahuakhbar.
😓 Bukalah almari pakaian kita hari ini. Berapa banyak pakaian yang kita miliki. Berapa banyak tudung. Berapa banyak yang dipakai. Berapa banyak yang belum dipakai. Berapa banyak yang sudah berbulan tidak disentuh. Ada terlalu banyak pakaian yang kita miliki. Sedangkan kita hanya mampu pakai satu sahaja pada setiap kali.
😓. Lihat berapa banyak barangan plastik yang kita simpan. Tetapi tidak dipakai. Saya sudah sedekahkan kesemua barangan Tupperware saya kepada adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan. Hanya tinggal sangat sedikit untuk kegunaan sendiri. Benar-benar yang dipakai sahaja. Yang cantik dan masih dalam plastik semua saya berikan kepada orang. Sebelum ini saya menyimpan ia dengan sangat lama kerana berasa sayang dan suka melihat kecantikannya.
😓 Lihat pula pinggan mangkuk kita. Adakah terlalu banyak. Atau cukup untuk kegunaan harian sendiri. Sebaiknya tidak perlu kita sediakan pinggan mangkuk yang istimewa hanya untuk tetamu. Yang hanya tersimpan di almari. Sementara kita dan keluarga makan dengan menggunakan pinggan biasa. Hidangkan untuk suami dan anak-anak dengan set pinggan terbaik. Ada orang yang tidak sempat menggunakan set pinggan idaman sendiri hanya kerana terlalu sayang.
😓. Sebaiknya, kemaskan lah rumah kita selalu. Jika tidak mampu, sekadarnya pun sudah cukup baik. Tidak perlu simpan terlalu banyak barang yang tidak perlu. Yang tidak kita gunakan. Jangan sayang barang. Jangan sayang pakaian. Jangan sayang kasut. Jangan sayang perabut lama. Jangan sayang harta dunia. Hinggakan berasa berat untuk disedekahkan.
😓 Tidak perlu beli beg tangan berjenama atau murah dengan terlalu banyak atau berlebihan. Satu, dua atau tiga pun sudah memadai.
😓 Hendaklah kita selalu mengingatkan diri agar barangan yang bakal kita tinggal tidak menyulitkan orang lain nanti.
😓 Apabila kita sudah pergi, tidak ada satupun yang bermanfaat lagi kepada kita. Melainkan amal dan sedekah.
Dzuriasikim Dzulkefli

7
Untunglah – Untunglah orang yang memilih Islam dan rugilah orang yang menolak Islam. In Shaa Allah.
Nyamuk oku – Siapa tolak Islam akan binasa.
Untunglah – Untunglah orang yang memilih Islam dan rugilah orang yang menolak Islam. In Shaa Allah.
Jihad umat.
“Duduklah dalam kota Allah, baru merdeka daripada selain Allah, hanya jadi hamba Allah, bukan hamba dunia dan bukan hamba akhirat!”
“Lupakanlah semua makhluk, maka pandanglah AKU sahaja, tiada yg menggerakkan dan yg mendiamkan sesuatu melainkan AKU”
Wahai umat Islam! Akuilah undang-undang Allah tanpa apa-apa dalih sekalipun jikalau benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan jikalau sekiranya kamu syak dan berdalih-dalih, maka itulah alamat kamu munafik disisi Allah Ta’ala!
_JIHAD UMAT

Fana dan baqa.
Syaikh Abdul Wahhab asy-Sya’rani bercerita : “Pernah seseorang yang mengaku ‘arif billah datang kepadaku, lalu ia berbicara tinggi tentang Fana dan Baqo tanpa di dasari ilmu. Banyak orang yang meyakininya. Ia bersamaku beberapa hari, kemudian aku bekata kepadanya “Beritahu aku apa saja syarat-syarat whudu dan sholat !” Ia menjawab “Aku belum belajar bab itu sama sekali“. Maka aku berkata kepadanya “Wahai saudaraku, sesungguhnya menyesuaikan segala ibadah dengan ketentuan Al-Quran dan As-Sunnah adalah perkara yang wajib menurut kesepakatan para ulama. Barangsiapa yang tidak boleh membezakan antara yang wajib dan sunnah, antara yang makruh dan haram maka ia adalah orang bodoh. Dan orang bodoh tidak patut untuk di ikuti baik dalam thoriqah lahir mahupun thoriqah batin “. Lalu ia membisu seribu bahasa dan tidak ada jawaban sama sekali darinya. Sejak itulah ia menjauhiku”.
Sayyidi Syaikh Ali Al-Khowwash Rh berkata: “Sesungguhnya jalan para ulama sufi terhias dengan Al-Quran dan Al-Hadits bagaikan terhias dengan emas dan permata. Demikian itu kerana mereka di setiap gerak-gerik dan diam mereka mempunyai niat yang baik sesuai dengan timbangan Syari’at. Dan tidak boleh mengetahuinya kecuali orang yang memperdalami ilmu-ilmu Syari’at “.




