Hidup dan mati.

Wahai anakku! Maka dengan Dia bermula hidup dan mati, dihidupkanNya kematian dan dimatikanNya kehidupan. Dengan Dia bermulanya tegak dan runtuh, ditegakkanNya bukit-bukau, dirataNya menjadi padang yg luas, dilubangiNya, diparasiNya, dibentukNya menjadi sedap mata memandang, dicuramiNya dan tanamNya pepohonan, diluruhkanNya buah yg muda dan buah yg tua, dimanis dan dimasamkan semahuNya. Diluaskan, dibesarkan lalu jalan kenderaan, ditebuk, ditinggikan dan direndahkanNya, diadakanNya selekoh-selekoh yg tajam merbahaya, didirikanNya lebel-lebel dan tanda arah dan tempat, diletakkanNya tanda-tanda bercahaya didalam gelap malam, dipasangiNya lampu-lampu yg berbagai saiz dan warna-warnanya, digantungiNya matahati, bulan dan bintang-bintang tanpa tali pengikatnya, ditinggikanNya langit tanpa tiang-tiang penegaknya. DirentangiNya jambatan merentasi lautan dan sungai-sungai, dihalauNya burung-burung dan unggas-unggas terbang sesukaNya, ditangkaskanNya kuda dan anjing, dibuaskanNya singa dan harimau, dijinakkanNya unta dan keldai, digulungNya ombak dan ribut, ditaburiNya hujan dan salji, dibanjiriNya kota dan negeri, dibinasakanNya bangunan-bangunan pencakar langit dan menara tinggi, diruntuhkanNya rumah-rumah dan bukit-bukau, dibakariNya hutan-hutan dan apa sahaja semahuNya, disemaikanNya padi dan buah-buahan, ditumbuhkanNya, dihijaukanNya, dikuningkanNya, dilayukanNya dan dihancurkanNya kembali, maka itulah pameran kehendak dan kekuasaan Nya yg azali.

## PERBENDAHARAAN TAUHID DAN MAKRIFATULLAH